Saturday, March 29, 2014

Tak Takut Ke?

Tadi call mak, saja la tanya pasal persiapan kenduri kahwin adik. Dah tak lama pun, sebulan je lagi. Mak cerita la bla bla bla. Buat kecik-kecik je katanya. Ye la kecik, kalau dah lembu 2 ekor, dengan ayam lagi, kambing lagi kecik ke tu. Agaknya itulah konsep "kecik-kecik aje" bagi emak. Haha


So lagi sebulan aku nak balik ni. Tak balik lama pun, dalam 2minggu lebih je. Ni memang betul-betul balik untuk kenduri kahwin je. Minggu pertama kenduri adik aku, minggu kedua kenduri adik Incik.


Dah lama gila kot tak makan kenduri. Ada la dalam 4 tahun. Sedapnya sirap kenduri!
Pajeri nenas, gulai kawah, masak merah, acar, kerabu, masak lemak nangka, ikan masin. Berjuraian air liur kau. Sedap! Sedap!


Tapi dalam masa yang sama aku tengah menguatkan diri ni, kuatkan diri untuk menjawab soalan-soalan cepuk emas dari makcik-makcik joyah. Pastilah akan bertanya bila lagi hang nak beranak ni Juliana, adik hang kahwin dah ni. Sok-sok depa beranak dulu.
Harapnya aku tabah la ye menjawab soalan-soalan tersebut dengan senyuman makan hati. Haha
Takpe la kan, demi mu wahai sirap kenduri, kurela ditujahi dengan persoalan demi persoalan.


Oh! Tadi mak tanya, aku tak takut ke nak balik ni. Kan naik katebang.
Mestilah takut, dengan kes MH370 yang belum selesai tu. Ye la walaupun tak naik mas, tetap la rasa takut jugak kan. Tapi apa boleh buat. Benda kalau nak jadi naik apa pun, dimana-mana dan pada bila masa pun akan terjadi. Aku cakap kat mak, habis nak balik naik unta ke mak. ":P


Kat fb dah makin kurang orang share pasal MH370 tu. Elok la jugak macam tu aku rasa. Serabut pun ada kadang tu.
Eh! Jangan salah faham. Bukan la tak suka, tapi banyak benda yang orang share tu ntah mana-mana dorang cedok. Main share je. Tak kira logic ke tak ke. Serabut aku membace. Kang cakap konspirasi la, politik la. Adoilaaaa.. Sudah la.. Kita ni sebenarnya banyak benda yang kita taktau, jadi baiklah kita diam dari menyampaikan yang bukan-bukan. Kalau semua benda-benda tu fitnah, tak ke kau tu macam menyambung fitnah tu lagi.
Yang terbaru, pasal apa nama mat saleh tu ntah, yang sembunyikan henpon kat bontot tu. Muat ek? Dah la henpon berbentuk empat segi.
Siapa la yang suka buat cerita merepek macam tu. Orang semua tengah bersedih, kau tambahkan lagi dengan cerita merepek-merepek sebegini. Tolonglah.


Aku ni masih berharap ada keajaiban berlaku, walaupun macam haihhhhh laaaa. Tapi kita taktau kan, kuasa tuhan. Apa yang mampu kita sebagai hamba ni buat adalah berdoa agar MH370 segera dijumpai. Walau apa keadaan sekalipun. Supaya segala teka-teki ni berakhir.

Bye Korang!

Saturday, February 8, 2014

Resepi : Karipap

Aku kan  suka sangat makan  karipap yang ada bintik-bintik jerawat . Sedap la. Rasa menggerutu je bila bersentuhan dibibir. Wahhhhh.. haha
Mana nak cari resepi ye. Orang kata kalau karipap ada bintik-bintik maksudnya tu karipap tak jadi. Tapi apasal sedap tak terperi? Ke selera aku yang sememangnya alien. Dulu pagi-pagi sebelum pergi kerja, mesti singgah beli karipap bintik-bintik jerawat tu. Sedap gila. Makcik karipap tu pun dah cam muka aku. Kau mampu setiap pagi beli 5bijik karipap tanpa henti selama 3tahun?

Di atas permintaan ramai (ramai lah sangat!), makcik nak share resepi karipap pap pap. Kalau tak kena dengan citarasa korang mahap la ye. Resepi ni rasa dia lebih kurang karipap bintik yang aku makan suatu ketika dulu. Cuma takda bintik la kat kulit dia, licin je. Pakai tabita gamaknya ni.

(Resepi ehsan dari Kak Biba tapi dia sendiri lupa dia bagi aku resepi ni. Siap mintak balik. T__T)
Bahan-bahan Inti :
  • 5pcs kentang @ keledek  (campur2 pun boleh) - dadu
  • 200g ayam cincang
  • 1 tangkai daun kari - hiris halus
  • Daun sup sikit  - hiris halus
  • 2 1/2 sudu besar kari ikan - jadikan pes (lebihkan kari kalau nak lebih mabeles) 
  • 1 1/2 sudu kecik cili powder (kalau nak pedas la)
  • 1pcs bawang besar - kisar
  • 3pcs bawang putih - kisar
  • Garam + gula
  • Air
- tumis  bawang kisar tadi macam biasa. Sampai naik bau & kekuningan sikit.
- pastu masuk daun kari dan pes tadi.
- Bila dah garing & pecah minyak masukkan la ayam + kentang.
- Masak sampai empuk dan kering.
- Air agak-agak la banyak mana. Letak la 1 @ 2 cup dulu ke.



Kalau nak cepat empuk kentangnya tu, korang steam la kejab bagi lembut sikit. Kalau malas nak tunggu lama la kan. Steam pakai microwave je senang.

Resepi kulit karipap.
Bahan-bahan :

500g tepung gandum
120g marjerin
1 sudu besar crisco
1 sudu kecil garam
170ml air - lebih kurang la. Taruk sikit-sikit.

- campur je semua uli macam biasa.
- pastu bahagikan kepada beberapa bahagian. Aku buat dapat 32pcs lebih kurang.
- canaikan pastu letak inti & kelim la. Kalau tak pandai, pakai je acuan.
- boleh frozen macam tu je. Tapi kalau nak simpan lebih seminggu dua, sila goreng sekejab. 
- Kejab je. Kalau tak goreng, nanti kulit dia pecah-pecah kalau simpan lama.


Begini lah lebih kurang. Usah ditanya kenapa aku kelim tak senonoh gitu. Kata amatur kan. So kecikbeso kecikbeso la rupa dia.
Aku tak suka pakai acuan, sebab tak boleh letak inti banyak-banyak. Ke aku yang tak pandai guna sebenarnya. So ikut suka la nak kelim ke, nak pakai acuan ke. Mana mudah la kan. Kalau tak pandai kelim, sila la belajar kat utube. Aku belajar kelim dengan 2 orang guru. Itu pun still kecikbeso kecikbeso. 1st guru abang Ashari, 2nd kak Biba. Kak Biba ajar kelim lain, abang Ashari pulak lain. Aku maybe ikut abang Ashari punya ajaran lebih sikit, sebab dia kidal. So untuk orang kidal macam aku ni, lebih afdal orang kidal jugak yang mengajar. Kalau mak  aku lah yang mengajar, memang mendapat makian.
Ingat lagi dulu aku pernah mintak mak ajarkan mengait, asyik la kena marah. Dia ajar guna tangan kanan, aku tangan kiri. Susahla kan. Pastu tak jadi macam dia punya, kena marah bertubi-tubi. Cakap aku ganggu kerja dia la apa. Ish! Pastu paksa aku guna tangan kanan jugak. Ehhhh mana boleh.
Tapi kan tapi kan emak tak pandai buat karipapppp! Wakakakaa. Balik Malaysia ni siap la dia, aku nak belagak satu kali.



So taraaaa ku cha cha ini lah dia karipap amatur ku itew. Ada rasa pedas-pedas sikit. Sedap! Amboiii puji masakan diri uols. Haritu bawak pergi picnic kat beach, bagi kawan-kawan rasa. Dorang cakap sedap. Suka sangat la Juliana sambil menari goyang-goyang buntuit.


Ni keratan rentas karipap. Sorry gambar menyedihkan sebab ambik pakai note1 sajok. Very the purba henpong nya.

Kalau buat banyak boleh la frozenkan. Tapi seeloknya gorengkan sekejab. Tayah goreng lelama. Orang panggil goreng putih. Ala.. macam nak bagi ada lapisan kulit sikit je. Paham tak uols?
Buat-buat paham je lah ek. Aku ni kalau bab menerangkan memang benak.
Kalau tak goreng dulu, bila simpan lebih seminggu dia jadi retak. Bila dah dibekukan, time korang nak goreng tu tak payah defrost dah, goreng je beku-beku gitu. Pakai api perlahan yang tak berapa perlahan. (Memang jahanam Juliana bagi penerangan.)

Ok lah, nanti sambung. Stress aku menaip dengan huruf D susah nak tekan. Stuck! Nama je alienware, tapi keypad satu-satu jahanam. Pastu Incik menyalahi aku. Kata aku tekan keyboard macam nak roboh. Hellooooo jari i beso ye ikut tuan.

Bye korang!