Thursday, June 27, 2013

Main dengan Makcik India

Takda benda nak update. Nak update pasal hadiah birthday pun hadiah tak dapat lagi. Haha. Dah dapat nanti baru update lah. Keji. Tapi Incik ada bagi bunga semalam. Sooooo lomantik! Muahhhhh!Incik dah semakin lomantik sekarang ni. Kena sampuk hantu tetek gamaknya. :P I lap u lakikku.

Wokey lah jom merepek pasal "search keywords" kat blog karbonkopie.


1. Cara tanam taugeh. Entry sini.
Ada jugak yang taktau tanam taugeh macam aku. Simpatinya.
Sekarang ni kat Oman dah senang jumpa taugeh, so aku dah tak tanam la. Kalau duduk Malaysia pun tanam taugeh jugak memang respek le. Rajin sekali.

2. Demam aku cakaplah yang aku.
Apa benda ni hoi. Ni nak google ayat bagi kat pakwe ek? ke nak mintak mc kat doc esok?
Dah demam cakap je lah demam. Sempat pulak google ha. "papa, ittew demam tau. Ittew windu papa sanat-sanat. Kan besh kalau papa adew sebelah ittew. Boleh picit palew ittew.." (insert icon bibir jebik-jebik disini. Manje sangat ittew ni.)

3. Aib isteri dibuka.
Amboi amboi amboi...Tak baik tau. Tak kira la aib suami ke, aib isteri ke, aib jiran ke atau aib ketua rumah panjang sekalipun, jangan la dibukak. Kalau kita tutup aib orang, Allah akan tutup & jaga aib kita.

4. Artis Malaysia berbikini ditepi pantai. Entry sini.
Dah macam blog gossip artis kan. Padahal aku yang feeling retis sebenarnya. Bersungguh la google artis pakai bikini. Kepochi kan. Memang Jullia sangat perangai. :P
Pergi cari kat cantiknara.com sana.

5. Awek korea.
Memang malang la carik awek korea tapi termasuk blog Jullia. Pasti anda azab kan. Mesti aku kena sumpah dengan sipencari ni. Sorry la adik, kakak adalah awek si tua bangka.

6. Bontot makcik & bontot makcik aku.
Seriously????? kau dah kenapa? kau dah sangap bontot ke apa ni. Adoilaaaaa... bawak-bawak mengucap nak. Harap bukan anak sedara aku la yang search. wakakaka. Kalau ye pun sukakan bontot tak perlu la nak google bontot makcik sendiri. Sumbang mahram tau.

7. Hukum isteri mengaibkan suami. Entry sini.
sama je macam no.3 tu. Tak kira siapa pun. Jangan buka aib orang. Aib haiwan pun jangan dibuka. Pergi buka peti ais lagi ada pekdah.

8. Main dengan makcik India.
Sampai krem perut aku gelak. Mentang-mentang kawan-kawan aku India belaka, boleh pulak google enjin hantar kau ke sini. Keji kau google. Taktau nak komen apa.
Kau nak main apa sebenarnya ni? Batu seremban ke? Haha.. tolonglahhhh.. Yang sorang suka bontot makcik, yang sorang main dengan makcik India pulak.
Pergi main candy crush la lagi pekdah. Selera manusia sekarang pelik-pelik ye. Makcik pun makcik lah! Janji boleh main. Terus aku bayangkan makcik India pakai sari oren dengan rambut dendan-dendan. T__T

 Bye korang!
 

5 comments :

Anonymous said...

xdek kesedaran sivik ahhaa


ain

Karbon Kopie said...

bukan ko ke dik yg gugel bontot makcik aku?

Lynn Munir said...

Kelakar post awak hahaha...
bikin suspen gilak. Hahaha..

kacang buncis said...

xpaham sebenarnya..hehe

norinaomar said...

hahahahahaaaa....tak berenti gelak ni julia huiiii!!!!hahahahaha

hiburan yang sesuai di petang hari!!