Friday, February 24, 2012

Jangan Buka Aib Suami Dan Rumahtangga Mu My Dear Friend

Tak semua benda sesuai untuk diupdate di laman sosial. Tambah-tambah lagi pasal masalah rumahtangga. Mungkin niat kita cuma nak berkongsi rasa, tapi tak semua orang fikir macam tu pun. Sebab apa juga yang kita cuba sampaikan tak semestinya semua orang akan terima 100% tanpa banyak soal. Lain orang lain cara penerimaan.

Normallah bila kita rasa suami ni ada je lah perlakuan dia yang tak betul dimata kita. Rasa nak marah je bila dia selalu buat benda yang merimaskan. Atau kita tiba-tiba terjumpa something yang kita sumpah tak suka. Mulalah rasa nak marah dan maki time tu jugak, tapi zaman moden ni kan orang suka marah kat facebook je, dengan harapan amukan kita tu dapat perhatian kawan-kawan. Kawan-kawan start la bagi pendapat masing-masing, kebanyakkannya mesti akan berpihak kepada kau kan. Sebab apa tau, sebab semua yang komen tu adalah kawan kau. Memang ada sesetengah bersetuju je dengan amukan kau tu, tapi ada juga sebenarnya yang tak bersetuju. Cuma tak berani nak bagi nasihat, lalu komen yang manis-manis je. Lebih kepada mengiyakan apa yang kau kata.

Agaknya kalau salah seorang daripada kawan kau tu terus nasihat kau kat situ jugak, kau boleh terima tak? Dah la kau tengah marah. Kalau aku mungkin dah sentap sebab kita kan selalunya suka nak dengar apa yang kita nak dengar je. Walaupun kita nak pendapat dari orang lain, tapi kalau boleh biarlah pendapat dia sama dengan kita. Tiba-tiba datang seorang makhluk Allah bagi nasihat mengatakan apa yang kita buat tu salah, terus amukan kuasa dua :P


"Walaupun Incik suka pink, i still love him!"
Mengaibkan suami dengan cara yang berhemah. Hewhewhew


Kadang aku heran tau, bila kawan-kawan suka update pasal ketidakpuasan hati kat suami di facebook. Aku rasa macam, eh tak malu ke ek? Malu dengan kawan tu satu hal lah, malu dengan ipar duai, saudara mara semua. Kalau la suami buat macam tu juga kat facebook dia macam mana? Suka tak? Mesti amukan kan. Dah kata kahwin, kenapa nak pakai facebook untuk bertekak suami isteri?
Apa kau berkamasutra pun pakai facebook jugak ke?

So aib pasangan, aib rumahtangga silalah simpan. Simpan maksud aku bukan suruh kau simpan dalam hati je. Makan dalam nanti. Simpan dari pengetahuan orang luar. Biarlah diorang tengok kau dan suami bahagia je.
Apa juga ketidakpuasan hati dan masalah kena berbincang dengan pasangan. Buat Kopi duduk depan tv bersembang la pasal apa jugak yang kau tak puas hati dan tak suka. Bukan suruh pergi kendelaitdiner pun. Takpun sambil kau main-main bulu dada suami masa nak tidur tu pun, boleh je berbincang. Berbincang, bercerita secara santai kan best. Tak payah buat muka ketat hentak-hentak kaki pergi dapur cuci pinggan sambil membebel. Karang dua-dua naik angin, terbang pulak penapis air kopi tadi.



Kalau kau masih sakit hati jugak ni walau dah luahkan perasaan kat suami tapi suami buat taktau je, kau carilah seseorang yang boleh dipercayai, cerita dan tanya pendapat kat dia. Cari orang yang lebih berpengalaman dalam hal rumahtangga or bff kau ke or pakar kaunseling ke orrrrr ustaz ustazah ke. Jangan tanya secara terbuka kat wall facebook pulak. Dah la facebook kau tu public. Orang yang tak add kau pun boleh baca. Tak cukup dengan tu kau tweet pulak. Feeling artis sangat tau.
Private ok private!
Oleh itu takda lah masalah dalam rumahtangga kau tu tersebar keseluruh alam. Cuma berharap agar orang yang kau percaya tu tak kepoci je lah. Tapi kalau orang yang kau percaya sangat tu pun 2x5 macam kau jugak, rentikanlah! :p





Aku kata : Apa juga yang kau rasa, luahkan la pada pasangan. Tak rugi apa pun. Kalau rasa sayang cakap je lah I lap u. Kalau rasa tak puas hati pun cakap la. Hargai hari-hari hidup bersama dia. Tak tau berapa lama Allah bagi peluang hidup dengan dia kan?

Yang benar,
Saya.

12 comments :

norinaomar said...

betul betul..bagus entri ni..manusia ni tak reti nak bersyukur sebenarnya..baik buruk,kelebihan kelemahan tu adalah saling melengkapi sebenarnya..tak salah nak meluahkan tapi biarlah bukan di FB,blog dsb..

belum kahwin rasa nak kawen cepat..dah kawen dok aibkan laki plak..hmm

isnin said...

Bagus tulisan ini..berpegang kepada nilai-nilai Islam. Syabas.

✿ pink velvet ✿ said...

setuju ... mcm tu jugaq org yg tgh hangat bercinta ... sume bende nak d tulisnyer, time sayang kemain ayat2 nak muntah sume keluar, tp kang gado, maki2 hamun pulak, haish! last2 x kemane pon hbgn tu, hah, pdn muka, hahaha~

Ninie Simmons said...

First time masuk kau punya blog. Entry yang best. dan aku sangat setuju.

.ieLah. said...

ermmmm, tak mencapai skala untuk dikesan la nok.haha
tapi bagus lah, peringatan :)

Cik Puan Oren said...

cantik selimut incik..aku tergoda dengannaya

zaizaluvme said...

kahkahkah!! gila gelak guling2 den donga. pape pon den setuju ^_^
nak marah ada hadnya... tegur cara bhemah paling baik antara berdua je, nak sayang pon ada hadnya, tak payah hari2 ko nak pos setiap jam ko sayang laki ko kan??? muntah oke....
terbaek kak julia!!!

cinta siswi said...

comel lappy tuh..hikhik..

#buka aib suami mknanya xcium bau syurga kan..

Bob and Julie =) said...

this is a really great entry! seriously, just because the internet makes it easy for you to speak your mind, it doesn't mean that you should just blurt out every single thing that's happening in your life, especially if it's really personal. hope your post serves as a timely reminder to some!

Arfahani Arsad said...

kak jullia!i like ur sempoi-ness,update byk2,bestt!..arfa duduk egypt (study)..moh le dtg! :)

Mama Gee said...

salam ziarah..pestime tersosat kt sini...terus suka dgn entry ni...
nk mengarang mcm ini...kt blog sendiri alamat amek masa 7 hr 7 mlm br siap...hehehe...so minta izin share kt fb ye...best sgt ni...suke!

Anonymous said...

Hakhakhak.....hello prends....terharu ngan ayat x tau brp lama allah bg peluang idup ngn dia.... mcm nk peluk cium jer laki aku xnak lepas.....xleh blah doll bangun pagi tgk sblh dia xde....lgpon dah lama idup bersama...