Tuesday, July 5, 2016

Akak Sayang Ayah

Lama tak blogging. Sampai aku private kan da pun blog ni. Ni buka balik sebab nak luahkan cerita sedih. Sekarang bukan zaman blogging dah agaknya. So yesterday katanya. Tapi oleh kerana aku pun very the yesterday, mari lah update balik blog yang sememangnya sendu ini.


Banyak benda jadi dalam hidup aku sepurnama dua ni. Yang paling besar dan berat sekali ialah bilamana ayah  telah pulang mengadap ilahi. 21 april 2016. Sekarang pun aku masih belum betul-betul boleh terima pemergian ayah.
Kadang aku cuba untuk taknak fikir pasal ayah. Bukan tak sayang, bukan tak rindu, tapi bila fikir pasal ayah  hati jadi sedih. Rasa remuk, rasa hancur hati ni. Aku tak sempat jumpa ayah. Last jumpa dia, balik Malaysia july tahun lepas 2015. Bila ayah pergi, aku tak sempat pun jumpa dia kali terakhir. Tak sempat tatap wajah dia, tak sempat nak cium dia buat kali terakhir. Hancur sangat hati ni Allah je yang tahu.


Ayah meninggal pukul 12 malam waktu Malaysia. Aku kat sini baru pukul 9 malam. Flight paling awal cuma ada esok paginya je pukul 9 pagi. Kat Malaysia time tu dah pukul 1 tengahari. Jadi takkan nak tunggu aku sampai baru kebumikan. Aku sampai kampung keesokkan harinya 22 haribulan. Kira sehari dah lepas ayah meninggal. Sampai je kampung, tengok kereta ayah, aku menangis. Tengok selipar dia, aku nangis. Rasa nak gila. Rasa macam sampai hati Allah ambik ayah. Sampai sekarang pun kalau  ingat pasal ayah, hati ni rasa remuk. Taktau nak salahkan siapa, tak tau nak react macam mana. Sampai sekarang pun belum ada kekuatan nak sebut perkataan "arwah". Tak sanggup. Tak boleh terima.


Aku bukan jenis suka luah-luah perasaan kat orang, kalau asyik cerita kisah sedih kita kat orang pun, lama2 orang menyampah kan. Lagipun boleh buat ape je, ayah dah takde pun. Tak sangka sangat jalannya ceritanya macam ni. Tak sangka ayah pergi secepat ini.


Ya Allah.. Aku cuba nak pura2 yang ayah masih ada lagi ke apa ni. Cuba nak nafikan ketentuan Ilahi ke apa ni...Allah..


Berat rasa nak tanggung. Sumpah tak tertanggung rindunya tu. Sumpah tak tertanggung rasa terkilannya tak sempat jumpa ayah buat kali terakhir.
Berilah aku kekuatan YA ALLAH.


Akak Rindu Ayah Sangat
Akak Sayang Ayah Sangat Sangat.


Semoga ayah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh. Serta tenang dialam sana.


Semoga kita bertemu lagi suatu hari nanti ayah.

Sunday, February 8, 2015

Belajarlah Untuk Selalu Bersyukur

Kita hidup digunung, merindukan pantai. Kita hidup dipantai, merindukan gunung.
Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau?
Diam di rumah, keinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.
Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan.
Ketika bujang mengeluh keinginan untuk menikah. Sudah berkeluarga mengeluh belum punya anak. Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.

Ternyata, sesuatu tampak indah kerana belum kita miliki..
Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..

Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..
Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..
Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun..
Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan dimana-mana, bumi ini sekalipun akan tampak buruk..

Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.
Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma seujung kuku.
Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.
Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan..

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..
Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..
Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..
Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..
Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..
Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..
Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur.

p/s : Copy and paste dari fb. Penulis sebenar tidak diketahui oleh Juliana. Maaf penulis, juga terima kasih diatas penulisan mu ini.

Wednesday, December 10, 2014

Peti Ais Bergerak

*berkurun kat draft. Publish je la ek.*

Pernah tengok and dengar peti ais bergerak? Tak pernah kan? Akulah peti ais bergerak tu.


Sekarang ni nafsu makan memang tak tertahan-tahan lagi. Memang tak boleh control langsung. Asyik nak makan je, umpama membela 3 4 ekor hantu raya. Dapat makanan je gembira. Perkataan makanan tu asyik berlegar-legar diruang minda. Pastu dah gemuk nak salahkan siapa?


So macam biasa, makcik akan meratapi nasib diri tanpa berbuat apa-apa. Seluar baju memang tak muat dah, terpaksa beli baru. Tu pun dah start ketat balik! Kau rasa? Stress aku dengan diri sendiri.
Banyak kali dah nak start diet, tapi banyak kali jugak la tewas apabila melintasi dapur. Tak sampai 2 jam pun. Haha.
Ni winter ni, lagilah.
Memang la aku tak pernah kurus pun, tapi tidak la sebesar begini.


Haritu ada walkathon untuk cancer, "Walk For The Cure". Memang setiap tahun pun ada walkathon ni, Cuma aku baru je mendapat kesedaran nak join. Ke sekadar acah2 mendapat kesedaran pun taktau la ni.
Walaupun badan dah umpama sekawan gajah macam ni pun, tidak lah mematahkan semangat aku untuk turut serta. Ewahhh.. Padahal baru jalan 500 meter dah mengah2 tak cukup nafas. Sumpah seranah dalam hati. haha


Tapi seronok jugak, 2km je berjalannya, tapi tetap la peluh mencurah-curah umpama peluh petani. Aku ni berdiri setempat pun berpeluh, inikan pulak berjalan. Sepatutnya kalau larat boleh la berlari. Apa gila aku nak lari? Retak pulak permukaan bumi ni nanti.

Tu tu tu pandaikan menyorok sikit kat sebelah sebelah Sheryl(baju darkblue), kalau tak memang nampak aku sorang je la gajah kat situ. Ada satu gambar tu, lagi nampak gajahnya, terus delete hilangkan bahan bukti. Asal tengok je tanjat boboi. Diri sendiri pun boleh terperanjat inikan pulak diri korang kan. So gambar-gambar kat fb tu korang takyah percaya sangat la kekurusannya. In real life peti ais. Haha.. Kang nanti terus komen Juliana nampak kurus la sekarang! Arrrghhhh! stress aku, padahal ilusi semata.

Tengah tulis entry ni pun aku rasa nak makan. Habis camno nak berbadan Rozita Che Wan ni wahai Juliana.


Ok lah bye korang!
Takda proper penutup macam selalu la kan. Blog kuang ajo memang gini. Haha

P/s : 12 Dec 2014 : Makcik baru start diet uols. Ni esok keluar coffee2 aku taktau la boleh bertabah ke tak, kang ter'order cake macam manaaaaaa. :'( 

Saturday, March 29, 2014

Tak Takut Ke?

Tadi call mak, saja la tanya pasal persiapan kenduri kahwin adik. Dah tak lama pun, sebulan je lagi. Mak cerita la bla bla bla. Buat kecik-kecik je katanya. Ye la kecik, kalau dah lembu 2 ekor, dengan ayam lagi, kambing lagi kecik ke tu. Agaknya itulah konsep "kecik-kecik aje" bagi emak. Haha


So lagi sebulan aku nak balik ni. Tak balik lama pun, dalam 2minggu lebih je. Ni memang betul-betul balik untuk kenduri kahwin je. Minggu pertama kenduri adik aku, minggu kedua kenduri adik Incik.


Dah lama gila kot tak makan kenduri. Ada la dalam 4 tahun. Sedapnya sirap kenduri!
Pajeri nenas, gulai kawah, masak merah, acar, kerabu, masak lemak nangka, ikan masin. Berjuraian air liur kau. Sedap! Sedap!


Tapi dalam masa yang sama aku tengah menguatkan diri ni, kuatkan diri untuk menjawab soalan-soalan cepuk emas dari makcik-makcik joyah. Pastilah akan bertanya bila lagi hang nak beranak ni Juliana, adik hang kahwin dah ni. Sok-sok depa beranak dulu.
Harapnya aku tabah la ye menjawab soalan-soalan tersebut dengan senyuman makan hati. Haha
Takpe la kan, demi mu wahai sirap kenduri, kurela ditujahi dengan persoalan demi persoalan.


Oh! Tadi mak tanya, aku tak takut ke nak balik ni. Kan naik katebang.
Mestilah takut, dengan kes MH370 yang belum selesai tu. Ye la walaupun tak naik mas, tetap la rasa takut jugak kan. Tapi apa boleh buat. Benda kalau nak jadi naik apa pun, dimana-mana dan pada bila masa pun akan terjadi. Aku cakap kat mak, habis nak balik naik unta ke mak. ":P


Kat fb dah makin kurang orang share pasal MH370 tu. Elok la jugak macam tu aku rasa. Serabut pun ada kadang tu.
Eh! Jangan salah faham. Bukan la tak suka, tapi banyak benda yang orang share tu ntah mana-mana dorang cedok. Main share je. Tak kira logic ke tak ke. Serabut aku membace. Kang cakap konspirasi la, politik la. Adoilaaaa.. Sudah la.. Kita ni sebenarnya banyak benda yang kita taktau, jadi baiklah kita diam dari menyampaikan yang bukan-bukan. Kalau semua benda-benda tu fitnah, tak ke kau tu macam menyambung fitnah tu lagi.


Siapa la yang suka buat cerita merepek macam tu. Orang semua tengah bersedih, kau tambahkan lagi dengan cerita merepek-merepek sebegini. Tolonglah.


Aku ni masih berharap ada keajaiban berlaku, walaupun macam haihhhhh laaaa. Tapi kita taktau kan, kuasa tuhan. Apa yang mampu kita sebagai hamba ni buat adalah berdoa agar MH370 segera dijumpai. Walau apa keadaan sekalipun. Supaya segala teka-teki ni berakhir.

Bye Korang!